photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

9/21/2012

Tahniah Shila Amzah Juara Asian Wave 2012


Tahniah Faidz ucapkan kepada penyanyi kegemaran Faidz, Shila Amzah yang telah mengharumkan nama Malaysia di Shanghai China. Shila Amzah telah dinobatkan sebagai juara Asian Wave 2012 yang pertama dengan mengenepikan penyanyi daripada China, Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Memang meremang bulu roma bila dengar Shila Amzah menyanyikan lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom walaupon Faidz tidak faham sepatah haram makna lagu tersebut. hehehehe

Tahniah Shila Amzah. jom trending #TahniahShilaAmzah di Twitter!

9/20/2012

Busy Sangat Ni...


Assalamualaikum, fuhhh... lega dapat online kat blogspot ni tetapi tak tahu nak letak entry apa. Kepala kosong.. kosong.. kosong (feeling Najwa Latif kejap). hehehe

Minggu raya ni memang busy sangat sampai malas nak online blogspot. Faidz akan online FB, Instagram, Twitter tetapi bila tang blogspot akan rasa pending jap. Bukan apa, takder idea nak tulis apa. Nak blogwalking pon rasa berat. Jadi mulai hari ini Faidz akan start blogspot balik sebab rindu dah terasa.

Apa-apa pon, jom blogwalking dulu.

9/10/2012

9/06/2012

Rumah Terbuka Legend Netball Club 2012


Rumah terbuka?! penat wooo.. Seperti tahun-tahun yang lalu, Faidz laa chef nya kalo segala aktiviti yang melibatkan masak memasak. Tapi tahun ni Faidz hanya akan sediakan rendang ayam sahaja memandangkan makanan lain semua dah di sub kepada ahli pasukan.

Tempat bagi rumah terbuka tahun ini pula diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Segambut/Kepong di Jalan Dato Onn Kuala Lumpur. Kat sini laa kita orang training bola jaring setiap minggu dan buat pertama kalinya kami menganjurkan rumah terbuka disini. Faidz rasa tempat ini sangat sesuai memandangkan ia berada di tengah ibu kota dan juga memudahkan rakan-rakan kami yang tinggal di sekitar KL dan Selangor datang memeriahkan rumah terbuka tahun ni.

Kepada semua pembaca blog Faidz ni, kalau korunk free dan ingin mengenali kami dengan lebih dekat bolehlah datang ke rumah terbuka Legend Netball Club bagi memeriahkan suasana dan kita boleh saling kenal mengenali sesama insan.

9/03/2012

Rumah Terbuka Sana Sini





Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi limpah dan rahmat kepada kawan-kawan Faidz sehingga Faidz menerima banyak jemputan rumah terbuka pada hari raya tahun ini. Memang tak tersinggah semua jemputan rumah terbuka ini tetapi Faidz nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang menjemput dan berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat hadir.

Berbagai juadah dapat dilihat tetapi kebanyakkan rumah yang Faidz singgah semua menggunakan khidmat katering. Jadi, tak dapat laa merasa air tangan kawan-kawan yang kebanyakkan nya dah berjaya dan berada. hehehe

Apa-apa pun, Faidz sangat gembira dengan jemputan rumah terbuka untuk minggu kedua hari raya. Ada banyak lagi jemputan rumah terbuka yang akan datang. Tak sabar rasanya nak bertemu kawan-kawan dan juadah yang disediakan.