photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

3/26/2013

Bola Jaring Lelaki Liga PKS-UM 2012 : Legend NC vs Cobra (Quarter 1)

Berikut adalah salah satu video mengenai perlawanan bola jaring lelaki (men's netball) yang diadakan di Universiti Malaya (UM) pada tahun 2012. Faidz bermain posisi wing attack (WA) mewakili pasukan Legend NC.

Bola Jaring Lelaki (men's netball)
separuh masa ke-empat (1st quarter)

Legend NC vs Cobra

Bola Jaring Lelaki Liga PKS-UM 2012 : Legend NC vs Cobra (Quarter 2)

Bola Jaring Lelaki (men's netball)
separuh masa ke-empat (2nd quarter)

Legend NC vs Cobra

Bola Jaring Lelaki Liga PKS-UM 2012 : Legend NC vs Cobra (Quarter 3)

Bola Jaring Lelaki (men's netball)
separuh masa ke-empat (3rd quarter)

Legend NC vs Cobra

Bola Jaring Lelaki Liga PKS-UM 2012 : Legend NC vs Cobra (Quarter 4)

Bola Jaring Lelaki (men's netball)
separuh masa ke-empat (4th quarter)

Legend NC vs Cobra



3/25/2013

Peraturan Bola Jaring 3 On 3

Peraturan Bola Jaring 3 on 3



Berikut adalah peraturan 3 on 3 mengikut Undang Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring
Wanita Antarabangsa (IFNA)

PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain, 2 orang pemain simpanan, seorang pengurus pasukan, seorang jurulatih dan pengadil.

Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.

Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi posisi-posisi berikut:
  • Center - C
  • Wing Attack - WA
  • Goal Attack - GA
GA juga akan bertindak sebagai ‘Goal Defence’ - GD

MASA BERMAIN

Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 2 minit selepasnya. Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit.

PERLAKSANAAN PERMAINAN.

Hantaran Tengah.
  • Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir. 
  • Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk menentukan hantaran tengah.
  • Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol.
Bola Keluar
  • Bola yang keluar dari garisan tepi hendaklah diambil dari tempat bola keluar.
  • Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol tidak boleh di hantar ke dalam kawasan gol.
Memainkan bola
  • Kedua-dua pemain lawan (GA) yang berada di dalam Bulatan Goal mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri sahaja. 
  • Jika hantaran berjaya diterima dari pasukan lawanya, maka bola itu hendaklah terlebih dahulu dihantar ke luar bulatan goal kepada pemain dari pasukanya sendiri yang kemudian akan menghantar semula kepadanya untuk membuat jaringan.
  • Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar Bulatan Gol kepada pemain pasukanya sebelum sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan gol.
PERTUKARAN / PENGGANTIAN.

Sebarang pertukaran / penggantian pemain semasa bermain hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengadil.

Tiada had pertukaran / penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat.

Borang pertukaran / penggantian hendaklah dilengkapkan oleh pengurus pasukan dan Menyerahkan kepada pencatat.

CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

Cara memberi mata :
  • Menang : 3 mata
  • Seri : 1 mata
  • Kalah : 0 mata
Jika dua ( 2 ) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut:

  • Secara PURATA GOL , iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena
  • Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol ialtu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.

GELANGGANG DAN PERALATAN.

Bola
  • Pertandingan bola jaring 3 lawan 3 menggunakan bola getah atau sintetik saiz 5.

Tiang Gol
  • Tiang gol 10 kaki bagi pertandingan sekolah menengah , 8 kaki bagi pertandingan sekolah rendah bawah 12 tahun, dan 7 kaki bagi pertandingan bawah 10 tahun.
Gelanggang
  • Luas kawasan bermain ialah 15.25m x 15.25

3/22/2013

Pertandingan Bola Jaring 3 on 3


Esok akan diadakan pertandingan bola jaring 3 on 3 sempena Karnival Astro Fiesta Mesra Belia yang akan diadakan di Parlimen Gombak. Sayangnya pertandingan ini hanya diadakan untuk kategori perempuan sahaja. Acara bola jaring 3 on 3 sepatutnya dijadikan acara wajib setiap bulan bagi mempopularkan sukan bola jaring kepada remaja. Faidz sendiri tak pernah menyertai pertandingan 3 on 3 ni tapi Faidz rasa ia amat menarik untuk dipopularkan.

Faidz dah hantar pasukan wanita ke beberapa pertandingan 3 on 3 ni tetapi masih blur dengan peraturan kerana setiap pertandingan menetapkan peraturan yang berlainan. Walaubagaimanapun ia tetap menarik dan enjoy untuk disertai. Diharap lebih ramai penganjur berani menganjurkan pertandingan bola jaring 3 on 3 di masa akan datang. Faidz teringin sangat nak try.. hehehe

3/21/2013

Bola Jaring Lelaki


Ramai masih tertanya-tanya "lelaki main bola jaring?!" dan semua akan ketawa bila mendengarnya. YA! itulah respond pertama yang Faidz terima bila bercakap pasal BOLA JARING LELAKI.

Sedih kan tapi itulah hakikatnya. Sedih bukan sebab Faidz menerima reaksi begitu tetapi sedih dengan sikap segelintir masyarakat yang masih dangkal mengenai sukan untuk semua tanpa mengira jantina. Walaupun begitu, Faidz masih gembira kerana ada juga kelompok masyarakat yang menerima lelaki bermain bola jaring dan semestinya kelompok tersebut adalah dari generasi Y dan Z yang lebih berfikiran terbuka.

Penerimaan generasi Y dan  Z ini dapat dilihat pada penyertaan pasukan-pasukan  bola jaring lelaki di pertandingan yang diadakan kebelakangan ini. Penyertaan pasukan lelaki lebih banyak berbanding pasukan wanita di beberapa kejohanan terbuka seperti Terbuka MBPJ, Terbuka KSN dan juga  Terbuka UniMap.


Untuk keterangan lanjut, korunk boleh lah lawat blog www.legendnetball.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bola jaring lelaki. Jangan malu sekiranya korunk juga berminat pada sukan bola jaring kerana sukan adalah untuk semua. Peace!

3/20/2013

Parlimen Bubar!

Kecoh arini kat twitter mengatakan parlimen akan dibubarkan oleh DS Najib. Bukan apa, just tak sabar nak habiskan pilihan raya kerana banyak program berkaitan bola jaring terpaksa dihentikan kerana tidak cukup peruntukan dan juga masing-masing tengah menumpukan pada pilihan raya.


Cepatlah pilihan raya, cepatlah!!

3/13/2013

Legend NC Naib Juara Kejohanan Bola Jaring Terbuka UniMap 2013


Syukur alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana masih memberikan Faidz kemanisan dalam kehidupan yang sementara ini. Walaupon diduga dengan pelbagai rintangan dan halangan, Allah s.w.t masih lagi memberikan nikmat kepada hambanya ini. Faidz masih lagi tersenyum dengan kejayaan Legend NC layak ke final untuk kali ke 10 berturut-turut.

Untuk kali ini, pasukan kami telah mendapat tempat kedua apabila tewas tipis kepada pasukan Royale 15-14 di dalam perlawanan yang mendebarkan. Dengan barisan pemain baru dan muda, pasukan Faidz masih lagi boleh memberikan tentangan hebat kepada pasukan berpengalaman lawan. hehehehe

Apa-apa pon, Faidz berterima kasih kepada semua ahli keluarga Legend NC yang telah memberikan seluruh komitmen kepada pasukan dan Faidz sangat gembira kami lebih rapat daripada sebelumnya. yay!

3/07/2013

Kejuaraan Pertama 2013 Legend NC


Alhamdulillah dan gembira yang teramat sangat Faidz rasa bila dapat mengecapi kemenangan pertama untuk tahun 2013 ini di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kelab Kilat kategori terbuka lelaki. Kemenangan berganda bersama MSMW2013 ini memberi seribu kegembiraan buat Faidz pada bulan ini. hehehehe


Bukan senang rasanya nak bawa kelab bola jaring yang popular kat Kuala Lumpur ni. Kemenangan pasukan sahaja yang dapat memberi kepuasan kepada Faidz dalam menggerakkan pasukan bola jaring ni. Lagipon, masyarakat kita masih ada yang memandang sinis pada bola jaring lelaki dimana bagi dia orang bola jaring lelaki ni kebanyakkannya #pondan dan #gay sahaja yg minat.

Walau apa pon pandangan mereka, bagi Faidz sukan adalah untuk semua. Pasukan bola jaring wanita kebangsaan pon kami leh titik, so jangan laa buat andaian macam-macam okay. *berlagak tak? hahahahahhaha.. matilah kena carut dek kawan-kawan nanti. Faidz harap masyarakat buka mata dan lebih terbuka dalam sukan bola jaring dan sukan-sukan lain. peace!

3/05/2013

www.legendnetball.com dinobatkan sebagai "Favourite Sports Blog" di MSMW2013 World Bloggers & Social Media Awards 2013


Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus membina dan memberi sebaik mungkin kepada blog www.legendnetball.com akhirnya segala penat lelah membuahkan hasil dengan kemenangan kategori Favourite Sports Blog di MSMW2013 World Bloggers & Social Media Awards 2013.



Kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada Faidz untuk mempelajari lebih banyak ilmu mengenai blog dan juga berkenalan dengan blogger yang popular di Malaysia. Semangat Faidz nak berblog semula pon rasa membara balik walaupon rasanya macam takde masa je nak update apa-apa. hehehehe



Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa teruja dan gembiranya Faidz ketika menerima anugerah tersebut. Berdiri bersama otai-otai blog di atas pentas membuatkan Faidz rasa diri ini kerdil. Apa-apa pon ia merupakan satu kenangan yang memang akan menjadi parut seumur hidup Faidz. Thank you ALLAH..

Berikut adalah senarai pemenang MSMW 2013
  • Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com
  • Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com
  • Favourite Business Blog – AbangEnsem.com
  • Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com
  • Favourite Music & Entertainment Blog – SuaraPeople.com
  • Favourite CSR Blog – Kucing.my
  • Favourite Educational Blog – OhCikgu.com
  • Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com
  • Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com
  • Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com
  • Favourite Gadgets Blog – Amanz.my
  • Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com
  • Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com
  • Favourite Sports Blog – Legendnetball.com
  • Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com
  • Favourite Social Media Brand – Facebook.com/SabahMalaysianBorneo
  • Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com
  • Favourite Micro Blog – HafizRahim.com
  • Most Creative Blog – Denaihati .com
  • Favourite Campaign on Social Media – Facebook.com/bkmalaysia
  • Most Innovative International Blog of The Year – Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing
  • Social Media Celebrity of The Year – Lisa Surihani