photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

3/25/2013

Peraturan Bola Jaring 3 On 3

Peraturan Bola Jaring 3 on 3



Berikut adalah peraturan 3 on 3 mengikut Undang Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring
Wanita Antarabangsa (IFNA)

PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain, 2 orang pemain simpanan, seorang pengurus pasukan, seorang jurulatih dan pengadil.

Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.

Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi posisi-posisi berikut:
  • Center - C
  • Wing Attack - WA
  • Goal Attack - GA
GA juga akan bertindak sebagai ‘Goal Defence’ - GD

MASA BERMAIN

Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 2 minit selepasnya. Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit.

PERLAKSANAAN PERMAINAN.

Hantaran Tengah.
  • Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir. 
  • Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk menentukan hantaran tengah.
  • Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol.
Bola Keluar
  • Bola yang keluar dari garisan tepi hendaklah diambil dari tempat bola keluar.
  • Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol tidak boleh di hantar ke dalam kawasan gol.
Memainkan bola
  • Kedua-dua pemain lawan (GA) yang berada di dalam Bulatan Goal mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri sahaja. 
  • Jika hantaran berjaya diterima dari pasukan lawanya, maka bola itu hendaklah terlebih dahulu dihantar ke luar bulatan goal kepada pemain dari pasukanya sendiri yang kemudian akan menghantar semula kepadanya untuk membuat jaringan.
  • Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar Bulatan Gol kepada pemain pasukanya sebelum sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan gol.
PERTUKARAN / PENGGANTIAN.

Sebarang pertukaran / penggantian pemain semasa bermain hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengadil.

Tiada had pertukaran / penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat.

Borang pertukaran / penggantian hendaklah dilengkapkan oleh pengurus pasukan dan Menyerahkan kepada pencatat.

CARA MEMBUAT KEPUTUSAN

Cara memberi mata :
  • Menang : 3 mata
  • Seri : 1 mata
  • Kalah : 0 mata
Jika dua ( 2 ) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut:

  • Secara PURATA GOL , iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena
  • Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol ialtu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.

GELANGGANG DAN PERALATAN.

Bola
  • Pertandingan bola jaring 3 lawan 3 menggunakan bola getah atau sintetik saiz 5.

Tiang Gol
  • Tiang gol 10 kaki bagi pertandingan sekolah menengah , 8 kaki bagi pertandingan sekolah rendah bawah 12 tahun, dan 7 kaki bagi pertandingan bawah 10 tahun.
Gelanggang
  • Luas kawasan bermain ialah 15.25m x 15.25

4 comments:

Unknown said...

Huhuhu...bola jaring agak trikat sket kan rules dia berbanding basketball...

~batrish♥~ said...

best bola jaring =)
bro kalau komen xde word verification lagi bagus..just an idea =)

Faidz Othman said...

tq sbb singgah... :)

Unknown said...

Panggil jd ref sukarela nak tak hehe