photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

4/09/2013

Melatih Pasukan Bola Jaring SMK Bandar Sunway


Melatih pasukan bola jaring sekolah merupakan aktiviti kegemaran Faidz kerana dapat membantu pelajar dalam mendalami ilmu bola jaring dengan betul. Pelajar sekolah lebih berdedikasi dan disiplin dalam setiap sesi yang Faidz ajar. Minggu lalu Faidz telah turun ke SMK Bandar Sunway untuk sesi latihan terakhir mereka sebelum ke Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Petaling Jaya. Terdapat 2 pasukan yang terlibat iaitu 18/U dan 15/U untuk MSSD kali ini.



Untuk sesi ini, latihan taktikal sahaja diajar selama 4 jam untuk mengelakkan kecederaan untuk menghadapi pertandingan yang diadakan pada 08-11 April 2013. Walaupon hanya 4 jam, pelajar telah menunjukkan pemahaman yang memberangsangkan dalam sesi taktikal tersebut. 

Oleh yang demikian, Faidz telah bersetuju untuk mengadakan klinik bola jaring di sekolah tersebut untuk melatih pelajar-pelajar sekolah ini dibawah anjuran Legend Netball Club. Klinik bola jaring ini akan diadakan pada hujung minggu melibatkan pelajar sekolah SMK Bandar Sunway dan mungkin juga melibatkan pelajar-pelajar dari sekitar Bandar Sunway yang berminat.

Diharap projek klinik bola jaring ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam sukan bola jaring untuk pergi lebih jauh dengan mempelajari teknik dan cara yang betul. Faidz akan mengusahakan projek ini sekitar bulan Mei dan akan diumumkan tidak lama lagi. Insyaallah

4/04/2013

Menghadiri Kursus Pengurusan Kepimpinan Badan Sukan


Pada 27 Mac hingga 29 Mac yang lalu, Faidz bersama-sama dengan Presiden Kelab Bola Jaring Legend dan juga Bendahari telah menghadiri Kursus Pengurusan Kepimpinan Badan Sukan yang telah dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson.


Kursus yang disertai ini merupakan kursus pertama Faidz bersama Kelab Bola Jaring Legend di bawah PPS. Antara aktiviti yang paling Faidz gemari adalah 'Semarak Berpasukan' yang mengajar kami cara membantu orang bawahan dalam memberi arahan yang betul dan berkesan.



Selain daripada itu terdapat juga beberapa program lain seperti 'Bimbingan Dalam Kumpulan', 'Menara Harapan' dan 'Transformasi Minda'. Diharap kursus seperti ini akan kerap diadakan oleh PPS dalam membentuk pemimpin badan sukan untuk lebih bersedia dalam membimbing badan sukan masing-masing di peringkat akar umbi. Majulah sukan untuk semua.